
Alhamdulillah & Terima Kasih, Haos Nation!
Mengambil kesempatan ini, kami ingin merekodkan satu lagi momen terindah dalam perjalanan Haos Ek?
Penghargaan atas penerimaan Entrepreneurial Excellence in Innovative Homegrown Beverages Product Award daripada PERDASAMA pada 2 November yang lalu.
Anugerah ini menjadi simbol pencapaian yang lahir daripada semangat kecil, disulam dengan impian besar.
Setiap dorongan, setiap kepercayaan, dan setiap botol menjadi sumber kekuatan untuk kami terus melangkah lebih jauh membawa jenama Malaysia ke mata dunia.
Perjalanan ini masih panjang, dan kami tidak akan berhenti di sini. Bersama Haos Nation, kami akan terus mengangkat cita rasa tempatan ke pentas global!
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada kisah ini.
Bersama, kita berkongsi rasa, berkongsi cerita dan kasih sayang.
❤ Spread the love ❤
🚀 Jalan terus 🚀