YB Dato’ Zahari Sarip. ngeteh di Booth Haos Ek?
Majlis Perasmian Karnival Jualan Usahawan Industri Asas Tani (IAT) Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2024 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Zahari Bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani & Kemajuan Luar Bandar.
Turut hadir sama :
1. Tuan Johari Bin Abdullah Pengarah Bahagian Pengembangan, Jabatan Pertanian Malaysia
2. Tuan Haji Yosri Bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor
3. Tuan Suhaizan Bin Kaiat, Ahli Parlimen Pulai
4. Encik Mohd Hafiz Bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan)
Majlis Perasmian ini berlangsung di Angsana Johor Bahru Mall melibatkan 80 Usahawan Industri Asas Tani (IAT) dan Haos Ek? turut menjadi salah satu pempamer di karnival ini. Jom datang ramai-ramai jumpa kami di sini