Haos Ek? HQ berbesar hati menerima kunjungan Jabatan Pertanian Malaysia, Unit Komunikasi Koperat bagi meninjau sendiri operasi Haos Ek? dan mempromosikan program Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang bakal berlangsung pada September ini.
Jutaan terima kasih kepada Jabatan Pertanian terutamanya Jabatan Pertanian Negeri Johor kerana sentiasa bersama dan menyokong perjalanan Haos Ek? dari awal bismillah 🥰
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Tuan Haji Mohamed Rizal bin Muhd Tayab, Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Pertanian Johor, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertanian daripada negeri-negeri serta warga kerja Haos Ek? 💛