Haos Ek? Mengamalkan Standard Kualiti yang Konsisten dan Menyeluruh.
Setiap botol minuman Haos Ek? bukan sekadar mempunyai rasa yang sedap, malah melalui proses Quality Assurance (QA) yang ketat bagi memastikan setiap produk sampai ke tangan pengguna dalam keadaan paling selamat, bersih dan berkualiti tinggi.
Dari proses pembuatan hingga pembungkusan, pasukan QA kami memantau secara menyeluruh agar setiap aspek mematuhi piawaian tempatan dan antarabangsa.
Kilang Haos Ek? juga telah menerima pelbagai pensijilan yang diiktiraf, termasuk:
MESTI – Kawalan keselamatan dan kebersihan makanan.
Halal JAKIM – Disahkan mengikut standard halal Malaysia.
GMP – Amalan pengilangan baik dan sistematik.
HACCP – Kawalan kritikal terhadap risiko keselamatan makanan.
ISO 22000 – Pengurusan keselamatan makanan bertaraf global.
Kami percaya bahawa minuman yang berkualiti bermula daripada proses yang telus dan bertanggungjawab.
Dapatkan produk Haos Ek? di pasaraya, stesen minyak, atau outlet-outlet berdekatan anda.
Spread the love
Jalan terus