Lawatan Rasmi Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Johor ke Kilang Haos Ek?
Kami berbesar hati menerima kunjungan daripada pihak MARA Negeri Johor (MARA JDT) ke kilang Haos Ek? baru-baru ini. Ia merupakan satu penghormatan besar buat kami sebagai jenama tempatan yang terus berkembang hasil sokongan agensi dan rakyat Malaysia.
Perkongsian ini bukan sahaja membuka ruang kerjasama lebih erat bersama MARA, malah turut memperkukuh semangat kami untuk terus menjadi jenama minuman tempatan yang berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.




