
HAOS EK? DI KARNIVAL KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA![]()
20 November 2025 menjadi detik bermakna buat Haos Ek? apabila berpeluang menyertai Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2025 – “Lokal Lagi Gempak” di MYDIN Subang Jaya, serta menerima Sijil Penghargaan Usahawan Tempatan 2025.
Kempen anjuran MYDIN bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ini terus memacu usaha memperkasa produk buatan Malaysia dengan menggalakkan rakyat membeli barangan tempatan, memperkukuh kedudukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta meningkatkan keyakinan pengguna terhadap kualiti serta nilai produk Malaysia.
Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Fuziah Salleh turut menegaskan komitmen membuka ruang sama rata kepada semua usahawan tempatan, satu usaha yang amat Haos Ek? hargai. Inisiatif ini memberikan dorongan besar untuk kami terus membawa cita rasa Malaysia ke pasaran yang lebih luas.
Haos Ek? juga ingin merakamkan penghargaan kepada MYDIN atas kepercayaan yang diberikan. Kami amat berbesar hati menerima kunjungan Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, yang turut singgah ke booth kami. Kehadiran Datuk benar-benar memberi inspirasi dan menjadi penghormatan besar kepada kami. Terima kasih Datuk atas sokongan yang begitu bermakna.
Setinggi terima kasih sekali lagi kepada KPDN, MYDIN dan semua pengunjung yang singgah menyokong serta mencuba produk kami sepanjang karnival ini berlangsung.
Bagi yang belum berkesempatan hadir, Geng Jo masih berada di MYDIN Subang Jaya sehingga 23 November 2025.
Jumpa anda di sana! ![]()
![]()
#HaosEk#ClassicIsAwesome#RasaBerhantuTakCukupSatu#IniPastiOri#NampakTerusBeli#LokalLagiGempak#KBBM2025#KPDN#MYDIN#MydinMalaysia#UsahawanTempatan#BanggaBuatanMalaysia#PMKS#IKS#SapotLokal#KempenBeliBaranganMalaysia#JomBeliLokal#DatukAmeerAliMydin#DatoKhadijahIbrahim#MalaysiaMADANI#EkonomiMADANI








