
2 December 2025 – Haos Ek? Berbesar hati menerima kunjungan daripada Malaysian Technology Development Corporation (MTDC). Sesi lawatan ini adalah untuk meninjau kilang Haos Ek? serta memahami lebih dekat proses pengeluaran produk serta perancangan syarikat. Lawatan ini juga disertakan dengan sesi perbincangan berkaitan potensi kerjasama dalam usaha mengembangkan syarikat dan meningkatkan tahap produktiviti agar lebih berdaya saing di pasaran.
Pertemuan ini juga membuka ruang pertukaran pandangan berkenaan penambahbaikan proses kerja, serta peluang integrasi inovasi yang dapat memperkukuh keupayaan Haos Ek? dalam jangka panjang. Sesi ini juga memberi nilai tambah penting kepada perancangan strategik syarikat dalam menghadapi cabaran industri yang semakin kompetitif.
Haos Ek? amat menghargai kehadiran MTDC dan sokongan yang diberikan. Kerjasama ini menjadi pemangkin kepada usaha kami untuk terus maju sebagai jenama tempatan yang progresif, berdaya saing dan komited terhadap kualiti.
Spread the love. ![]()
#HaosEk#ClassicIsAwesome#RasaBerhantuTakCukupSatu#IniPastiOri#NampakTerusBeli#SpreadTheLove#MTDC#GlobalExpansion#InternationalCollaboration#HalalToJapan#MadeInMalaysia





