
HAOS EK? TERIMA PENGIKTIRAFAN “WOMAN ENTREPRENEUR AWARD 2024” DI WORLD HALAL EXCELLENCE AWARDS (WHEA) 2024
07 Disember 2025 – Puan Anis Permin sebagai CEO Haos Ek? telah diberi penghormatan besar apabila dinobatkan sebagai penerima Woman Entrepreneur Award dalam World Halal Excellence Awards (WHEA) 2024, sebuah platform berprestij yang meraikan pencapaian luar biasa individu dan organisasi dalam ekosistem halal, sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa.
Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada kepimpinan wanita dalam industri yang bukan sahaja berjaya mencipta impak dalam perniagaan, malah membawa nilai dan prinsip halal ke tahap yang lebih tinggi. Ia mencerminkan dedikasi, kerja keras dan semangat keusahawanan wanita yang menjadi teras kekuatan Haos Ek? selama ini.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, sebagai tetamu kehormat serta barisan Pemimpin yang lain. Kehadiran beliau menyerlahkan komitmen Negeri Johor dalam memacu pertumbuhan industri halal bertaraf dunia, dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab halal global.
Sebagai syarikat yang sentiasa berpegang kepada nilai integriti, inovasi dan keberkesanan dalam setiap aspek perniagaan, pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat buat Haos Ek? untuk terus maju, melakar lebih banyak kejayaan, dan menyumbang secara berterusan kepada pembangunan ekonomi halal negara.
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penganjur WHEA 2024 atas pengiktirafan ini, serta kepada semua pihak yang terus menyokong perjalanan kami.
Alhamdulillah…
Spread The Love ![]()
#HaosEk#ClassicIsAwesome#RasaBerhantuTakCukupSatu#IniPastiOri#NampakTerusBeli#BandungPink#AirSedap#MinumanSegar#airbotol#minumanhalal#SpreadTheLove#lokalbrand#localbrandmalaysia#sapotlokal#WHEA2024#DatoOnnHafizGhazi#JohorHalal#BangsaJohor#WorldHalalExcellenceAward#HalalEconomy#JohorLeadingTheWay








