
Haos Ek? Gegar Bazar Turun Padang Meriahkan Kempen T.G.B.M Raya 2026
Johor Bahru, 26 Februari 2026 – Suasana di Angsana Mall Johor Bahru bertukar meriah apabila pasukan Haos Ek? Gegar Bazar turun di tapak lokasi bagi membantu serta bersama-sama reseller dalam misi menyampaikan Kempen T.G.B.M Raya 2026 kepada orang ramai. Kehadiran ini sekali gus menguatkan lagi momentum Gegar Bazar Angsana Mall Johor Bahru 2026 yang menjadi tumpuan pengunjung setempat.

Kehadiran pasukan Haos Ek? bukan sekadar memeriahkan suasana, malah menjadi tanda sokongan penuh kepada para reseller yang bertungkus-lumus menjayakan kempen raya tahun ini. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan apabila pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan produk keluaran Edisi Raya serta produk edisi terhad yang hanya ditawarkan di lokasi.
Aktiviti Hadiah Misteri: Buka Penutup Botol, Mana Tahu Ada Rezeki!
Lebih istimewa, pada hari kejadian para pengunjung yang membuat belian turut berpeluang menyertai aktiviti Hadiah Misteri dengan membuka penutup botol dan melihat bahagian bawah botol mana tahu ada rezeki! Ternyata, ada pengunjung yang berjaya menemui hadiah misteri tersebut.
Pemenang Hadiah T.G.B.M Raya 2026 – RM 200
Untuk menuntut hadiah, mereka perlu membuat tuntutan (claim) dengan mengikuti syarat dan langkah yang tertera di laman rasmi:
Semangat Kebersamaan Menjelang Aidilfitri
Kempen T.G.B.M Raya 2026 membawa semangat kebersamaan dan kemeriahan menjelang Aidilfitri, selari dengan komitmen Haos Ek? untuk terus menyantuni komuniti serta mengukuhkan sokongan kepada jaringan reseller di seluruh Malaysia termasuk menerusi aktiviti lapangan seperti Gegar Bazar Angsana Mall Johor Bahru 2026.
Dapatkan Produk Edisi Raya & Edisi Terhad
Kepada anda yang masih belum mendapatkan produk Edisi Raya dan edisi terhad, jangan lepaskan peluang dapatkan segera di lokasi kerana stok adalah terhad.
Untuk Maklumat Lanjut
Layari laman rasmi Kempen T.G.B.M Raya 2026 di sini:
Terima kasih kepada semua yang hadir dan terus menyokong Haos Ek? Jumpa lagi di lokasi seterusnya!






