
Bandung Cincau & Teh Cincau — Edisi Terhad Sempena Kempen T.G.B.M Raya 2026
Ramadan kali ni, Haos Ek? bawakan dua produk edisi terhad yang khas dikeluarkan sempena Kempen T.G.B.M Raya 2026 untuk yang suka minuman sejuk, padu, dan terus “lega tekak” masa berbuka. Lepas kita tease 2 hari ni… akhirnya inilah dia duo yang ramai tunggu!
Kenalkan Bandung Cincau– rasa bandung yang manis wangi dengan cincau yang padu, memang ngam bila tekak kering lepas seharian puasa. Setiap hirupan bukan je menyegarkan, tapi buat rasa berbuka jadi lebih “syok” sebab ada tekstur cincau yang betul-betul puas.
Dan satu lagi, Teh Cincau – creamy tea yang rasa dia “kena” sampai nak ulang. Bila teh yang lembut dan berkrim digandingkan dengan cincau, hasilnya jadi minuman yang seimbang: sejuk, berlemak cukup-cukup, dan sedap masuk tekak.
Paling best, dua-dua ni boleh jadi “penyelamat selera” sesenduk masa berbuka, lepas tu sambung moreh pun masih on Bila selera kadang turun naik, duo edisi terhad ni memang masuk pada masa yang tepat.
EDISI TERHAD — hanya ada sepanjang Kempen T.G.B.M Raya 2026 sahaja. Jadi kalau nampak dekat kedai, ambil dulu… jangan bagi orang sapu! 😉
Jom join Kempen T.G.B.M dan rebut peluang yang menanti. Maklumat lanjut mengenai kempen, cara penyertaan dan hadiah menarik boleh dilihat di sini: https://haos.my/tgbm/