Lawatan Rasmi Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Johor ke Kilang Haos Ek?
Kami berbesar hati menerima kunjungan daripada pihak MARA Negeri Johor (MARA JDT) ke kilang Haos Ek? baru-baru ini. Ia merupakan satu penghormatan besar buat kami sebagai jenama tempatan yang terus berkembang hasil sokongan agensi dan rakyat Malaysia.
Dalam sesi lawatan ini, pihak MARA diberi taklimat korporat mengenai perjalanan syarikat, strategi pengembangan, serta proses pengeluaran produk Haos Ek? yang menekankan aspek kualiti, inovasi dan pematuhan piawaian.
Perkongsian ini bukan sahaja membuka ruang kerjasama lebih erat bersama MARA, malah turut memperkukuh semangat kami untuk terus menjadi jenama minuman tempatan yang berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.
🤝 Terima kasih MARA Negeri Johor atas kepercayaan dan sokongan berterusan terhadap perusahaan tempatan.
❤️ Spread the love ❤️
🚀 Jalan terus 🚀