26 September 2025 menyaksikan berlangsungnya Majlis Ramah Mesra Mentor-Mentee 2025 bersama PUJB. Program Mentor-mentee adalah bertujuan untuk membimbing usahawan belia untuk memulakan perniagaan menerusi konsep “mentor-mentee”. Mentor akan dipilih daripada usahawan Johor yang terbukti berjaya dalam perniagaan serta mampu berkongsi pengalaman dan membimbing usahawan belia untuk berjaya. ✨

Ketua Pegawai Eksekutif Haos Ek? Pn. Anis Permin merupakan salah seorang Mentor yang dipilih untuk melatih serta membimbing 4 orang usahawan belia. Haos Ek? berbesar hati menjadi sebahagian daripada inisiatif ini, dalam usaha menyokong usahawan muda dengan berkongsi ilmu, membuka peluang kerjasama serta membantu mereka meningkatkan keupayaan daya saing dalam dunia perniagaan.

Diharap segala ilmu yang dikongsikan dan ukhwah yang terjalin dapat memberi inspirasi kepada usahawan belia yang lain ✨

Jalan Terus 🚀🚀

Spread The Love 💖💖💖

#AmazingPUJB#HaosEk#RasaBerhantuTakCukupSatu