Sumber dari Utusan.com.my
Haos Industries Sdn. Bhd meneruskan langkah strategik dalam memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju minuman industri tempatan dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Kerjasama ini mengukuhkan lagi komitmen Haos Industries untuk memperkasa ekosistem penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta menggabungkan kecanggihan teknologi untuk bersaing di pasaran global, sekali gus menjadikan syarikat ini sebagai entiti yang semakin bersedia untuk Penawaran Awam Permulaan (IPO) di Bursa Malaysia pada tahun 2028.