Mesyuarat kolaborasi Penyelidikan bersama Haos Ek? dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal,UTM
Mesyuarat diterajui oleh YBrs Dekan Prof Madya Ir.Ts.Dr Zaini bin Ahmad bebesar hati menerima kunjungan Haos Ek? yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Adin Marketing Group Sdn Bhd (Haos Ek?) – Pn Anis Permin sempena Mesyuarat kolaborasi Penyelidikan antara pihak FKM dan Haos Ek? yang telah diadakan pada 20 Mei 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Fakulti Blok E07.
Kerjasama dua hala ini diharap dapat memberi manfaat dan impak yang positif kepada kedua-dua pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing dalam menjayakan kolaborasi ini.
Kunjungan ini juga turut membincangkan mengenai program #MODE24 yang akan berlangsung pada 4 dan 5 June 2024 bertempat di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM di mana Haos Ek? merupakan penaja utama bagi program ini.
Pihak pengurusan FKM mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada Haos Ek? di atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan sebagai rakan kolaborasi dan Penaja Utama di dalam menjayakan Hari Terbuka dan Pameran, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal 2024 (Mechanical Open Day and Exhibition 2024 – MODE24)
Kita sama sama doakan semua usaha ini memberikan kesan positif untuk semua pihak demi agama bangsa dan negara