Pada 26 September 2025 lalu, keluarga besar Haos Ek? berkumpul di Pejabat HQ dalam suasana penuh syukur dan kasih sayang, sama-sama menunaikan bacaan Yaasin, solat Maghrib berjemaah serta solat sunat hajat.

Majlis ini turut disertakan dengan doa selamat, khusus buat anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Semoga mereka dikurniakan keberkatan, ketenangan hati dan kejayaan yang cemerlang, insya-Allah. 🤲💛

Bagi kami di Haos Ek?, setiap doa yang terhimpun adalah sumber kekuatan — menjadi penguat semangat untuk keluarga, sahabat, dan perjalanan yang sedang kita bina bersama.

❤ Spread the Love ❤

🚀 Jalan Terus 🚀

#HaosEk#ClassicIsAwesome#haosekprihatin#tahlil#SPM