Perasmian Kilang Haos Ek? oleh YB. Datuk Ewon Benedick , Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
Berlangsungnya semalam Majlis Perasmian Kilang Haos Ek? oleh YB. Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang bertempat di Kempas Lama, Johor Bahru. Haos Ek? sangat berbesar hati menerima kunjungan YB. Datuk Ewon. Bak kata pepatah, kecil tapak tangan, kilang Haos Ek? kami tadahkan.
Memetik daripada ucapan YB. Datuk Ewon semalam, produk minuman Haos Ek? boleh menjadi jenama Malaysia dan inspirasi kepada usahawan lain kerana dalam tempoh yang singkat produk minuman ini berjaya menarik pelanggan tersendiri sehingga menembusi pasaran Singapura. Jenama Haos Ek? perlu diangkat sebagai satu jenama Malaysia, bukan hanya menjadi jaguh di Malaysia tetapi jaguh serantau.
Turut hadir YB. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KUSKOP, YB. Dato’ Adam Bin Abd Ghani, CEO TEKUN, YM. Tengku Mohamed Fadhli Bin Tengku Hamzah, COO PERNAS, YB Datuk Ramlee, bin Bohani, ADUN Kempas merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar Johor, Tuan Haji Mohamad Radif bin Haji Kosnin, Pengurus Besar PUJB, Pengarah-pengarah Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, PERNAS, TEKUN, SKM, AIM, SME Corp, SME Bank dan Bank Rakyat, Pengarah-pengarah, Timbalan Pengarah, Pengurus Besar dan pegawai-pegawai pelbagai agensi, barisan C-Suites Haos Ek? serta Haos Nation.
Semoga majlis ini menjadi pemangkin kepada perjuangan Haos Ek? ke peringkat seterusnya dan kerjasama yang sedia ada akan menjadi erat seiring dengan aspirasi Haos Ek?. Terima kasih semua 🫰🏽
Jalan Terus 🚀🚀
Spread The Love 💖💖💖
#KUSKOP #HaosEk #RasaBerhantuTakCukupSatu