
TOWNHALL RASMI T.G.B.M RAYA 2026 CETUS SEMANGAT BAHARU DI HAOS EK? HQ
Haos Ek? HQ – Balai Raya Haos Ek? HQ menjadi saksi kepada pelancaran rasmi kempen T.G.B.M Raya 2026 menerusi sesi Townhall yang menghimpunkan seluruh warga kerja dalam satu semangat dan hala tuju yang sama.
Kempen yang dinanti-nantikan, “Tekan, Goncang, Buka & Menang – Edisi Raya 2026”, kini secara rasmi bermula, sekali gus menandakan permulaan fasa paling dinamik buat Haos Ek? menjelang musim Aidilfitri tahun ini.
Townhall tersebut bukan sekadar sesi taklimat, malah menjadi platform menyatukan seluruh pasukan untuk menyelaraskan strategi pelaksanaan, memperkukuh koordinasi dalaman, serta mengangkat satu semangat bersama bagi menjayakan kempen Raya kali ini.

“Tahun ini kita tampil dengan hadiah yang padu dan banyak pemenang. Ini bukan sekadar kempen biasa ini adalah peluang untuk kita sama-sama berkongsi rezeki dalam semangat Raya.”— Puan Anis Permin, Chief Executive Officer and Founder, Haos Ek?
Antara tarikan utama kempen ini ialah tawaran wang tunai sehingga RM50,000, menjadikan penyertaan kali ini lebih meriah dan memberi peluang kepada pengguna untuk membawa pulang rezeki Raya yang luar biasa.
Mengangkat tema “Kongsi Raya, Kongsi Rasa, Kongsi Rezeki”, kempen ini turut mengukuhkan komitmen Haos Ek? dalam menyebarkan kegembiraan serta berkongsi rezeki bersama pelanggan sepanjang musim perayaan.

Dengan mekanisme penyertaan yang mudah – Tekan, Goncang, Buka & Menang – orang ramai digalakkan untuk menyertai kempen ini dan tidak melepaskan peluang merebut ganjaran yang ditawarkan.
Ikuti info kempen dan pengumuman terkini di harihaos.my.