
Waktu Berbuka Puasa Setiap Negeri Malaysia (Auto Kemas Kini Harian)
Setiap kali masuk Ramadan, soalan paling kerap: “Hari ni berbuka pukul berapa?” Lebih-lebih lagi bila kita uruskan keluarga, group WhatsApp pejabat, atau buat content harian semuanya perlukan rujukan yang cepat dan jelas.
Dalam artikel ini, saya kongsikan paparan waktu berbuka (Maghrib) untuk setiap negeri di Malaysia yang akan dikemas kini secara automatik setiap hari, terus dari sumber waktu solat Malaysia (zon JAKIM). Anda boleh letak paparan ini dalam blog, laman event, microsite, atau page khas Ramadan.
Nota penting (supaya tepat)
Di Malaysia, waktu solat ditentukan mengikut ZON, bukan “negeri” semata-mata. Jadi, untuk paparan “setiap negeri”, kita gunakan zon wakil utama (kebiasaannya kawasan ibu negeri / bandar utama) bagi memudahkan rujukan pantas. Kalau anda nak lebih tepat untuk daerah tertentu, anda boleh tukar zon kepada zon yang betul (contoh SGR01, JHR02, dan sebagainya).
Waktu Berbuka Puasa Setiap Negeri Malaysia (Auto Update Harian)
Waktu Berbuka Puasa Setiap Negeri Malaysia (Auto Kemas Kini Harian)
Paparan ini memaparkan waktu berbuka (Maghrib) untuk setiap negeri (zon wakil utama) dan akan disegar semula secara automatik setiap hari.
| Kod Zon | Daerah/Lokasi dalam zon | Maghrib |
|---|---|---|
| SGR01 | gombak, petaling, sepang, hulu langat, hulu selangor, s.alam | 19:20 |
| SGR02 | kuala selangor, sabak bernam | 19:22 |
| SGR03 | klang, kuala langat | 19:20 |
Rebut Peluang Ramadan Dengan T.G.B.M Raya 2026
Untuk kempen T.G.B.M Raya 2026, rujuk haos.my/tgbm.